Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBNS disaran buat kajian tambah dana pendapatan

KOTA KINABALU – Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) disaran agar membuat kajian untuk meningkatkan lagi peranan dan fungsi badan kebajikan itu.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata, antara yang boleh dilakukan PBNS termasuk memperluaskan lagi skop perniagaan bagi memastikan perbadanan itu terus relevan.

“Difahamkan, PBNS menyalurkan  bantuan dalam pelbagai aspek antaranya pendidikan dan perniagaan untuk membangunkan ekonomi ummah,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat ahli lembaga PBNS di Masjid Negeri,  di sini hari ini.

Oleh itu, beliau berkata, ahli lembaga PBNS perlu membuat kajian dari sudut enakmen badan kebajikan untuk mencari langkah bagi menambah sumber dana pendapatan supaya mampu menyumbang lebih banyak bantuan dan kemudahan kepada golongan layak.

“Ini bagi memastikan fungsi badan kebajikan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ini dapat diperluaskan lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PBNS, Arsit Sedi berkata, pihaknya bercadang untuk membuka dua buah lagi cawangan Pusat Kewangan Ar Rahnu di negeri ini sebagai salah satu inisiatif mengembangkan perniagaan mereka.

“Pihak kami bakal membuka dua lagi cawangan Ar Rahnu yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan Islam di Kota Kinabalu dan Tawau dalam masa terdekat,” katanya.

Pada masa ini, hanya terdapat sebuah cawangan Ar Rahnu yang dibuka sejak tiga tahun lepas di Sabah, yang terletak di Taipan, Inanam. – Oleh ARYAN DE VERA / Sayangsabah

KUNJUNGAN HORMAT… Ariffin (kiri) dan Arsit (kanan) semasa kunjungan hormat ahli lembaga PBNS di Masjid Negeri Sabah. – foto Aryan De Vera / Sayangsabah
KUNJUNGAN HORMAT… Ariffin (kiri) dan Arsit (kanan) semasa kunjungan hormat ahli lembaga PBNS di Masjid Negeri Sabah. – foto Aryan De Vera / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan