Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBBPS sokong Yusuf Kassim terajui Sabah FA

James Wong (tengah) menyerahkan cenderahati kepada Arunarsib selepas kunjungan tersebut. – Gambar SNT / Ehsan Jaafar Wahid

KINABALU: Persatuan Bekas Bekas Pemain Sabah (PBBPS) memberikan sokongan padu kepada Datuk Yusuf Kasim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) pada kongres tahunan persatuan itu yang dijangka diadakan pada 25 Ogos ini.

Timbalan Presidennya, Azman Mastar berkata ,Yusuf adalah calon terbaik untuk memegang jawatan itu kerana beliau mempunyai pengalaman luas dan berkebolehan dalam menjalankan tugasnya pada masa ini selaku Naib Presiden Sabah FA.

“PBBPS memberikan sokongan 100 peratus kepada Yusuf yang merupakan individu tepat untuk mengambil alih jawatan Presiden Sabah FA.

“Lagipun, beliau tidak terikat dengan komitmen lain sebagai penjawat awam. Bagi kami, beliau berani dalam memperjuangkan sukan bola sepak di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas menyertai rombongan PBBPS melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon di pejabatnya di Wisma MUIS.

Arunarsin (tengah) mendengar penjelasan daripada PBBPS mengenai aktiviti persatuan tu semasa mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Belia dan Sukan negeri. – Gambar SNT / Ehsan Jaafar Wahid

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Arunarsin Taib; Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Awang Damit Anak; Presiden PBBPS, Datuk James Wang dan Setiausaha PBBPS, Yahya Kasim dan ahli jawatankuasa PBBPS.

Pengisian jawatan Presiden Sabah FA pada kongres yang diadakan hujung minggu ini akan menyaksikan pertandingam satu lawan satu di antara Yusuf dan bekas Setiausaha Agung Sabah FA, Alijus Sipil.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Azman berkata, pihaknya mengambil ketetapan menyokong gandingan bekas pemain kebangsaan, Datuk James Wong dan seorang ahli perniagaan Hamid Apdal untuk jawatan tersebut.

“Masing-masing ada kehebatan tersendiri, kita tidak boleh perkecilkan kehebatan mereka,” katanya

Tambah Azman lagi, Sabah FA perlu melakukan transformasi kepimpinan diperingkat persatuan dan dalam masa sama perlu bekerja dalam satu pasukan bagi memantapkan organisasi dan mencari dana agar tidak timbul isu kelewatan pembayaran gaji pemain dan pegawai.

Menurutnya, mereka yang terpilih nanti perlu berani bersuara demi kepentingan serta kebajikan persatuan bola sepak negeri. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan