Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBB, menampung kekurangan keanggotaan Bomba

Mohammad Hamdan bergambar bersama anggota PBB-Gambar Oleh Alexion Mairin
Mohammad Hamdan bergambar bersama anggota PBB-Gambar Oleh Alexion Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 55 orang Pegawai Bomba Bantuan dari lapan daerah di negeri ini menamatkan Kursus Asas seterusnya ditauliahkan sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB), hari ini.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan Haji Wahid, pelantikan pegawai bomba bantuan di Malaysia akan dapat menampung kekurangan keanggotaan di balai-balai bomba supaya norma keluaran untuk pasukan dapat diisi secara maksima.

“Sehingga kini sebanyak 279 buah balai bomba telah dibina dan beroperasi di seluruh negara namun masih banyak kawasan luar bandar dengan penduduk sekitar 20,000 orang masih tidak mempunyai balai bomba,” katanya.

Tambah beliau sehingga kini seramai 1,200 orang PBB di Sabah daripada 14,500 orang seluruh negara,  yang membantu pegawai  bomba tetap untuk melaksanakan tugas dan jumlah itu akan terus ditambah sehingga mencapai sasaran 15,000 orang di seluruh malaysia.

“Statistik kematian akibat kebakaran di sabah adalah seramai 97 orang pada tahun 2013 dan seramai 75 orang pada tahun 2014 dan dengan penambahan anggota PBB, risiko kematian dalam kebakaran akan dapat dikurangkan dan balai bomba kategori D juga akan ditambah di masa akan datang,” katanya ketika berucap sempena majlis pentauliahan PBB tahun 2015 di dewan serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah.

Dalam majlis tersebut Mohd Syaheer Abd Rahman, 28 tahun telah dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Kusrus PBB siri kedua bagi tahun 2015.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Mohd Syaheer Abd Rahman, Pelatih Terbaik Kusrus PBB siri kedua bagi tahun 2015.-Gambar Oleh Alexion Mairin
Mohd Syaheer Abd Rahman, Pelatih Terbaik Kusrus PBB siri kedua bagi tahun 2015.-Gambar Oleh Alexion Mairin

Komen


Berita Berkaitan