Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBB kutuk pembunuhan kejam penduduk Palestin

Petikan rakaman kejadian penduduk Palestin yang cedera ditembak askar Israel yang tersebar di internet. - Foto AP
Petikan rakaman kejadian penduduk Palestin yang cedera ditembak askar Israel yang tersebar di internet. – Foto AP

Baitulmaqdis: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk pembunuhan kejam seorang penduduk Palestin yang cedera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang rakaman video kejadian itu tersebar di internet.

“Saya mengutuk keras pembunuhan penduduk Palestin di Hebron itu, di Tebing Barat yang diduduki tentera Israel.

“Ia kejam dan tidak bermoral serta memburukkan lagi keganasan sedia berlaku,” kata Penyelaras Khas PBB untuk proses damai Asia Barat, Nickolay Mladenov, dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tentera Israel menahan askar berkenaan selepas dia menembak mati seorang penduduk Palestin yang cedera di kepala yang tidak bersenjata ketika mangsa terbaring selepas menikam seorang lagi askar.

Rakaman video itu tersebar malah turut disiarkan stesen televisyen Israel.

Keganasan di Palestin sudah membunuh lebih 200 penduduk Palestin yang ditembak tentera atau penduduk Israel. Kira-kira 28 penduduk Israel juga mati dalam keganasan sejak tahun lalu. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan