Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Payung pintar untuk jemaah haji

9:32am 24/08/2016 Pak Roshan 11 views Global

payung

Makkah: Sebuah syarikat usaha sama Arab Saudi-Palestin mencipta ‘payung pintar’ yang dilengkapi sistem navigasi dan kipas yang menggunakan tenaga solar khusus untuk digunakan jemaah haji ketika cuaca panas.

Menurut laporan, payung pintar pelbagai guna itu akan mengubah tenaga solar menjadi tenaga elektrik.

Manal Dandis, pengasas bersama Payung Pintar itu menjelaskan, payung berkenaan dipasang dengan panel solar yang akan menyerap tenaga solar dan menukarnya menjadi tenaga elektrik.

Sistem GPS yang turut dipasang pada payung berkenaan akan membantu jemaah mengenal pasti kedudukan satu sama lain. Ia juga dilengkapi tiga pengecas USB untuk mengecas telefon bimbit dan peranti elektronik lain.

Syarikat berkenaan kini berusaha mencari pelabur untuk memulakan pengeluaran payung itu secara besar-besaran.

Payung yang dinamakan ‘Kafya’ itu dicipta di bandar Suci Makkah dan hasil ilham saintis Arab Saudi, Kamel Badawi.

Pengalamannya membantu jemaah haji ketika kanak-kanak lagi membolehkan Kamel memahami keperluan jemaah.

Dengan bantuan rakannya, Manal, mereka mencipta payung berkenaan, bukan untuk jemaah haji sahaja, tetapi untuk semua pengguna di dunia.

“Permintaan payung amat meluas, khususnya di Eropah. Ia juga digunakan jemaah haji.

“Bagaimanapun, jemaah hanya menggunakannya untuk melindungi dari sinaran mata hari. Sebelum ini, tidak ada orang terfikir ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

“Apabila memikirkan perkara ini, kami dapati ia juga boleh dilengkapi dengan kipas untuk menyejukkan penggunanya,” katanya. – Reuters/HMetro

PAYUNG berkenaan dilengkapi kipas dan pengecas USB. Gambar kanan, ia dipasang dengan panel solar. prevnext

PAYUNG berkenaan dilengkapi kipas dan pengecas USB. Gambar kanan, ia dipasang dengan panel solar. prevnext

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan