Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pawagam kompleks beli-belah di Sandakan, terbakar

pawagamsandakan

SANDAKAN – Sebuah pawagam di kompleks beli-belah di bandar ini, terbakar sebentar tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ada mangsa mengalami kecederaan namun belum dapat disahkan jumlahnya.

Lebih 100 pengunjung pawagam One Kapital Plaza yang sedang menonton wayang bertempiaran lari apabila panggung wayang itu terbakar dan dipenuhi asap di Jalan Tanah Merah, Bandar Lela, di sini, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 3.30 petang itu, sebahagian besar pengunjung pawagam itu panik sehingga ada yang memecahkan tingkap untuk menyelamatkan diri kerana bimbang terperangkap didalamnya.

Menurut pengunjung beberapa bunyi letupan turut kedengaran menyebabkan orang ramai bertambah panik.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, ekoran keadaan tidak terkawal itu dua orang pengunjung mengalami cedera ringan kerana bertindak memecahkan cermin. — mynewshub.my

Komen


Berita Berkaitan