Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Paulsen wajar dihukum

Ariffin menyampaikan hadiah kepada seorang wakil pemenang pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Membakut. - foto Aryan De Vera
Ariffin menyampaikan hadiah kepada seorang wakil pemenang pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Membakut. – foto Aryan De Vera

MEMBAKUT – Tindakan polis menahan peguam hak asasi, Eric Paulsen yang mencetuskan kontroversi
menerusi kenyataannya di laman Twitter miliknya, baru-baru ini, adalah tepat dan wajar bagi mengelak
timbulnya tegangan agama di negara ini.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Mohd Arif menyokong tindakan polis
menahan peguam berkenaan yang mencetuskan kontroversi dan dianggap tidak menghormati sensitiviti
agama.

Beliau menegaskan, dakwaan Paulsen yang dipercayai menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) menggalakkan ekstremisme menerusi khutbah Jumaat di laman sosial itu, mampu menimbulkan
ketegangan antara agama di negara ini.

Menurutnya, individu yang cuba menimbulkan pertelingkahan agama dan kaum menerusi penghinaan atau
tuduhan tidak benar terhadap mana-mana agama di negara ini sewajarnya dikenakan tindakan tegas.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana rakyat Malaysia sama ada umat Islam atau bukan
yang tidak menghormati sensitiviti agama lain bagi mengelak wujudnya implikasi ketegangan antara
agama.

“Ia wajar untuk menjaga menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini,”
katanya sebagai mengulas penahanan Paulsen yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty (LFL)
pada 12 Januari lalu ekoran tindakannya menimbulkan provokasi berkaitan agama di laman sosialnya,
baru-baru ini.

Terdahulu, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, merasmikan Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Membakut, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ariffin memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan Bulan Dakwah
yang dijadualkan pada bulan Mac depan bertujuan menyemarakkan syiar Islam dan semangat solidariti di
kalangan penduduk pelbagai kaum di kawasan itu. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan