Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Paul Stadlen Pemegang Permit Penduduk Tetap Malaysia

12:18pm 04/11/2015 Pak Roshan 458 views Mutakhir,Nasional

Paul-Stadlen

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Perunding Perhubungan Awam Paul Stadlen ialah pemegang permit penduduk tetap (PR) negara ini.

Justeru, beliau berkata Stadlen tidak memerlukan permit sah untuk bekerja di negara ini.

“Untuk makluman, semakan rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen (Gregory) adalah penduduk tetap Malaysia.

“Oleh yang demikian, beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta beliau menyatakan sama ada Stadlen mempunyai permit pekerja sah untuk bekerja di negara ini.

Stadlen pernah menerajui firma perunding komunikasi Apco Worldwide cawangan Kuala Lumpur dan sebelum ini dikatakan berkhidmat dalam pasukan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.

APCO Worldwide merupakan firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat dan mempunyai 29 cawangan di seluruh dunia. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan