Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PAU2015 (BAHAS): UMNO Sabah Mahu Kerajaan Ambil Tindakan Proaktif Banteras Jenayah Rentas Sempadan

7:28pm 11/12/2015 Pak Roshan 41 views Mutakhir,Politik

tawfiq

KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu mengambil tindakan lebih proaktif bagi mengatasi masalah jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di Sabah.

Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata antara langkah yang boleh diambil termasuk mengadakan operasi bersepadu secara berterusan memeriksa setiap rumah di kawasan berisiko.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah, berkata demikian bagi mewakili UMNO Sabah semasa membahaskan ucapan dasar Presiden parti pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini hari ini.

Tawfiq berkata walaupun sejak kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) insiden pencerobohan perairan Sabah oleh kumpulan militan tidak berulang, Pantai Timur negeri itu masih lagi terdedah kepada jenayah rentas sempadan termasuk beberapa siri kejadian penculikan.

“Malah saya difahamkan penduduk di sekitar Kampung Tanduo dan kawasan berhampiran seolah-olah trauma apabila melihat atau mendengar bunyi bot di lautan dan mereka yang berpakaian ala tentera khususnya pada sebelah malam.

“Sampai bila kerisauan dan kegusaran ini bakal berakhir?,” katanya.

Sejak tahun lepas, siri insiden penculikan berlaku di Sabah sehingga membawa kepada pembunuhan rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen yang diculik empat lelaki bersenjata di Sandakan, Sabah pada Mei lepas.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan