Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PAU 2015 Diharap Jadi Medan Utarakan Pandangan – Mohd Shafie

11:19pm 04/12/2015 Pak Roshan 71 views Mutakhir,Politik
Datukk Shafie Afdal

Datukk Shafie Afdal

SEMPORNA : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 minggu depan, berjalan lancar dan menjadi medan mengutarakan pandangan dalam kalangan pemimpin dan anggota parti.

Beliau berkata perhimpunan tahunan itu sangat penting bagi membincangkan atau menerangkan pelbagai isu termasuk dalam bidang pendidikan, agama serta keselamatan negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyampaian Kunci Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Pulau Selakan, dekat sini hari ini.

Pada masa sama, Mohd Shafie berkata pelbagai pihak perlu mematuhi dan menghormati keputusan Majlis Tertinggi UMNO bahawa mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri, akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.

“Perkara itu adalah cadangan dan permintaan semua sayap berkenaan, dan kita perlu menghormati permintaan mereka,” katanya.

PAU 2015 dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Dis, dengan dimulakan dengan perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti – Wanita, Pemuda serta Puteri, dan diikuti dengan perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada 10 Dis.

Terdahulu, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna menyampaikan kunci rumah PPRT kepada enam penerima di pulau berkenaan.

Beliau berkata pihaknya akan terus berusaha memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan agar keperluan mereka dapat dipenuhi sebaik mungkin.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan