Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Patut disebat dengan ekor pari’

pari

Colombo: Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena semalam berkata, penganjur konsert bintang pop Enrique Iglesias di Colombo baru-baru ini patut ‘disebat menggunakan ekor ikan pari kerana tidak bertamadun.’

Konsert pada 20 Disember lalu di ibu negara Sri Lanka itu melihat wanita tempatan berlari ke atas pentas untuk memeluk penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Hero’ itu, malah ada yang turut membaling pakaian dalam mereka kepadanya, kata Maithripala dalam mesyuarat umum di Ampara, timur negara itu.

“Perbuatan tidak bertamadun seperti itu amat bertentangan dengan budaya kita.

“Saya tidak menyarankan wanita tidak bertamadun yang sanggup membuka coli mereka dipukul dengan ekor pari, tetapi mereka yang menganjurkan acara seumpama itu memang patut dikenakan hukuman itu,” katanya.

Hukuman seperti itu dilaksanakan di Sri Lanka pada zaman dulu dan sehingga kini digunakan sebagai perumpamaan untuk hukuman bagi perbuatan salah.

Peminat membayar antara 5,000 hingga 50,000 rupee (RM150-RM1,500) untuk menghadiri konsert secara langsung selama sejam oleh bintang pop Latin itu di sebuah stadium ragbi di Colombo yang juga sebahagian daripada konsert jelajahnya, ‘Love and Sex.’ – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan