Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Patung Mao diruntuhkan

9:31am 10/01/2016 Pak Roshan 9 views Global
PATUNG Mao (kiri) yang hampir siap minggu lalu, dan kanan, keadaan patung itu selepas tangan dan kakinya diruntuhkan.

PATUNG Mao (kiri) yang hampir siap minggu lalu, dan kanan, keadaan patung itu selepas tangan dan kakinya diruntuhkan.

Beijing: Sebuah patung gergasi Pengerusi Mao Zedong yang mengambil masa sembilan bulan dan perbelanjaan berjumlah 313,000 paun (RM2 juta) untuk dibina diruntuhkan beberapa hari selepas ia menjadi viral di Internet dan dikritik hebat.

Imej patung setinggi 120 kaki di wilayah Henan itu kini menunjukkan ia tidak lagi mempunyai tangan dan kaki sementara kepalanya diselubung dengan kain hitam.

Tidak dapat dipastikan sama ada kritikan di Internet menjadi punca ia dimusnahkan.

Bagaimanapun, pegawai tempatan memberitahu akhbar People’s Daily, patung itu dibina tanpa kebenaran atau didaftarkan.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendapat tahu patung itu dimusnahkan kerana dibina di atas tanah seorang petani.

Gambar patung yang hampir siap itu menjadi viral. Ramai pengguna media sosial berjenaka dengan berkata, patung itu seolah-olah menunjukkan Mao duduk di atas tandas.

Patung itu dibiayai ahli perniagaan tempatan untuk memperingati pemimpin komunis itu. Namun, ramai penduduk menyelarnya di laman sosial Weibo dengan berkata, wang itu sepatutnya dibelanjakan untuk meningkatkan pelajaran penduduk kawasan itu.

Yang lain berkata, lokasi patung itu tidak mengambil kira perasaan orang ramai memandangkan kira-kira tiga juta penduduk Henan mati kelaparan ketika kebuluran melanda China, sebahagiannya berpunca daripada dasar Mao.

Awal bulan lalu, akhbar Global Times melaporkan, kegiatan menyembah Mao semakin meningkat dengan penduduk kawasan luar bandar beralih kepada patung tokoh dan patung lain untuk memohon bantuan dan rahmat.

Orang ramai menyembah Mao untuk mengubah nasib mereka, mendapat bayi lelaki atau kaya segera.

Meskipun kuil Mao tidak mendapat persetujuan kerajaan, Presiden China Xi Jinping menganggap Mao ‘tokoh hebat.’ – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan