Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Patung diderma Jackie Chan disimbah cat

10:26am 01/01/2016 Pak Roshan 1051 views Global
PATUNG kuda dan naga yang disimbah cat merah.

PATUNG kuda dan naga yang disimbah cat merah.

Taipei: Dua patung gangsa berbentuk kepala naga serta kuda diderma bintang filem Jackie Chan kepada muzium yang baru dibuka di Taiwan disimbah cat dan slogan anti-China yang menggambarkan bantahan terhadap pengaruh Beijing di negara pulau itu.

Patung itu diletakkan di halaman Muzium Istana Kebangsaan Taipei yang baru dibuka Isnin lalu di Chiayi dan replika relik kuno penting dari Dinasti Qing, dianggap di Tanah Besar sebagai lambang penderitaan orang China ketika dijajah satu ketika dulu.

Kepala patung berkenaan disimbah cat merah dengan perkataan ‘penyatuan budaya’ oleh dua orang yang dipercayai polis membabitkan seorang lelaki dan wanita.

Slogan itu sering digunakan Taiwan untuk merujuk kepada usaha China membawanya kembali di bawah Beijing menggunakan pengaruh budaya.

Taiwan berpisah dari China pada 1949 selepas perang saudara, namun Beijing masih menganggapnya sebahagian wilayahnya yang perlu disatukan semula.

Chan yang juga anggota badan penasihat Majlis Rundingan Politik Rakyat China (CPPCC) pernah dikritik sebelum ini kerana membuat kenyataan pro-Beijing.

Sementara itu, muzium berkenaan menyelar vandalisme itu dalam satu kenyataan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan