Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PATUHI SOP ELAK KEMALANGAN

KOTA KINABALU: Anggota pasukan penyelamat perlu mematuhi serta mengutamakan “Prosuder Kendalian Standard” (SOP) dalam menjalankan tugas menyelamat dalam sesuatu kejadian atau bencana di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, sebarang kemungkinan kejadian tidak diingini boleh dielakkan sekiranya SOP dipatuhi serta diamalkan dalam setiap tugas menyelamat mangsa.

Jaujan membuat sedikit research sebelum ditemubual dalam rancangan Segar SabahFM bersama penyampai DJ Hani & DJ Saat di konti RTM pagi tadi.Gambar SNT/Zakaria Damit

Katanya, dalam tempoh sama, kejadian mengakibatkan kematian serta kemalangan dalam menyelamat mangsa kadang tidak dapat dielakkan berikutan ketentuan daripada maha esa.

“Bagi pihak kerajaan negeri kita memgucapkan takziah kepada enam anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selanggor yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong di ibu negara malam tadi.

“Kita difahamkan salah seorang mangsa berasal daripada daerah Tawau dikenali sebagai Mazlan Omar Baki, 24 tahun. Sekali lagi kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Segar SabahFM di RTM Kota Kinabalu, pagi tadi.

Jaujan diminta mengulas kejadian Enam Anggota Bomba yang dipercayai lemas ketika cuba cuba menyelamatkan seorang remaja berumur 17 tahun terjatuh di dalam lombong berkenaan.

Dalam kejadian tersebut kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan meskipun sudah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selepas berjaya dinaikkan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Jaujan menasihati agar keluarga mangsa agar bersabar serta menerima musibah ini sebagai takdir daripada tuhan meskipun mangsa berusaha untuk menyelamatkan remaja berusia 17 tahun berkenaan.

“Dalam tempoh sama kerajaan negeri kita juga patut memuji keberanian keenam-enam mangsa berkenaan dalam usaha menyelamat mangsa sehingga mengorbankan nyawa mereka,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan