Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Patuhi peraturan barangan kawalan harga

5:46pm 23/12/2015 Ann Vivien 36 views Isu Semasa,Tempatan
Para pegawai KPDNKK Cawangan Keningau kelihatan melakukan pemantauan beberapa lokasi pusat membeli sekitar pekan keningau

Para pegawai KPDNKK Cawangan Keningau kelihatan melakukan pemantauan beberapa lokasi pusat membeli sekitar pekan keningau

KENINGAU: Para peniaga di sekitar kawasan pedalaman atas diingatkan agar mematuhi peraturan barangan skim kawalan harga sepanjang musim perayaan krismas bermula 23 hingga 27 Disember 2015 yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan KPDNKK baru-baru ini.

Ketua Cawangan KPNDKK Keningau K.Gunasegaran berkata, sepanjang tempoh 5 hari penguatkuasaan skim kawalan harga  berkenaan para peniaga juga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu terhadap 13 jenis barangan harga kawalan yang dikuatkuasakan bagi membezakan harga  barangan lain untuk mengelak daripada kekeliruan para pengguna membeli keperluan semasa persiapan sambutan perayaan itu.                          

Katanya, para peniaga juga disaran agar dapat meletakan tanda harga terhadap barangan lain yang dijual yang bukan dibawah akta kawalan harga dan antipencatutan 2011.

“KPDNKK juga menyarankan para peniaga agar dapat menjual harga barangan kawalan berkenaan lebih rendah daripada harga maksimun sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah.”Katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan  harga barangan di sini pada Selasa.

Jelas Guna, sekiranya ada sebahagian para peniaga tidak mematuhi peraturan berkenaan dengan menjual melebihi harga yang ditetapkan, para pengguna perlu melapor kepada pihak KPDNKK untuk tindakan lanjut dibawah seksyen 18 akta kawalan harga dan antipencatutan 2011 yang boleh dikenakan denda RM500,000 untuk kesalahan pertama dan  RM 1 juta untuk kesalahan kedua terhadap badan pertubuhan manakala bagi persendirian boleh dikenakan denda RM 100,000  hingga RM500,000 atau 3 tahun penjara. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan