Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Patuhi akta pembangunan sukan

Persembahan khas puisi pada majlis tersebut.
Persembahan khas puisi pada majlis tersebut.

KOTA KINABALU – Semua persatuan sukan di negeri ini diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan persatuan dan akta pembangunan sukan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Persatuan perlu mendapatkan khidmat nasihat dari pejabat Pesuruhjaya Sukan berdekatan bagi memastikan misi dan visi persatuan dapat dicapai.

Pesuruhjaya Sukan Sabah, Apui Jan berkata, pihaknya akan memantau setiap persatuan sukan yang berdaftar dan memberikan bantuan yang diperlukan bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

“Persatuan perlu diurus dengan baik dan teratur bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Sukan dan Rekreasi Pemancing Kru Aktif Kota Kinabalu (ACKK), di sini hari ini.

Katanya, usaha ACKK Angler menganjurkan majlis tersebut memberi gambaran bahawa persatuan sukan juga mempunyai tanggungjawab sosial dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Sementara itu, Penaung persatuan berkenaan, Mohd Sazuandi Saarani turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pejabat pesuruhjaya sukan negeri di atas bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan.

“Kami sangat berterima kasih kerana persatuan ini telah diluluskan pendaftarannya oleh pejabat pesuruhjaya sukan pada 13 Mei yang lalu. Sebagai persatuan yang baru ACKK Angler sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pesuruhjaya sukan dan kementerian belia dan sukan,” ujarnya.

Menurut Sazuandi, persatuan itu ditubuhkan bagi menyemarakkan lagi aktiviti memancing dengan menyediakan pakej yang murah, selain menyediakan aktiviti penyelaman kepada penggemar aktiviti dasar laut menerusi tenaga pengajar yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf.

“Persatuan berharap aktiviti pemancingan dan penyelaman akan menjadi sukan air yang popular di negeri ini,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan