Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PATI Filipina menyusup keluar dari Tawau ditahan

 

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang juragan bersama dua anak perahu warga tempatan yang cuba menyeludup keluar lima pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Filipina di kawasan laut Batu Payung dekat sini, malam tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata pihaknya yang menjalankan tugas di kawasan itu melihat sebuah perahu yang mencurigakan bergerak dari arah kawasan Laut Batu 4 menghala ke kawasan Laut Sulu, pada 11 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang juragan dan dua anak perahu lelaki warga tempatan membawa  tiga penumpang lelaki serta dua wanita yang dipercayai hendak balik ke Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan tujuh hingga 60 tahun, dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau sebelum diserahkan ke balai polis.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan