Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PATI: Dua wanita dipenjara empat bulan

7:35pm 16/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 60 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Dua orang wanita warga asing dihukum penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan masuk ke negara ini tanpa pas yang sah.

Mindah Sama, 50 melakukan kesalahan tersebut di Inanam Point pada 14 Januari lalu. Manakala, Nursahaya Hassan, 26
melakukan kesalahan itu di Jalan Tunku Abdul Rahman pada 16 Januari yang lalu.

Kedua-dua tertuduh dihukum dibawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau kedua-duanya sekali dan sebatan.

Peguam bela Aida Jaafar yang mewakili Mindah memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atas tertuduh. Selain itu, Nursahaya yang tidak diwakili turut meminta hukuman ringan dikenakan keatasnya kerana tertuduh merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak untuk dijaga.

Mahkamah turut memerintah agar kedua-dua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan