Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

94 Pati Ditahan Dalam Operasi Bersepadu

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KINABATANGAN – Sebanyak 94 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Operasi Bersepadu di sebuah ladang kelapa sawit di Jeroco di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, Pati berkenaan terdiri daripada 60 lelaki, 34 wanita dan 30 kanak-kanak berumur antara dua ‎hingga 60 tahun.

Mereka terdiri 73 warganegara Filipina termasuk 26 kanak-kanak dan 21 warganegara Indonesia termasuk empat kanak-kanak, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, operasi selama dua hari itu melibatkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Rela. ‎

Menurutnya kesemua Pati berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan