Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PATI dihukum penjara masuk Sabah tanpa pas yang sah

KOTA KINABALU- Seramai 10 orang pendatang tanpa izin (PATI) termasuk dua orang wanita dihukum penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad jatuhkan hukuman penjara selama empat bulan kepada kesemua tertuduh yang berumur dalam lingkungan 28 hingga 52 tahun tersebut.

Kesemua tertuduh telah dihukum dibawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda maksimum sebanyak RM 10,000 atau penjara yang boleh sampai tempoh lima tahun atau kedua-dua sekali dan sebatan.

Mahkamah juga memerintah agar satu sebatan dikenakan keatas enam tertuduh yang berumur kurang dari 50 tahun.

Disamping itu, kesemua tertuduh akan dirujuk ke Jabatan Imegresen untuk diusir setelah selesai menjalani hukuman. Pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Juppakal. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan