Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PATI dicekup polis memiliki DVD haram

Douglas menunjukkan DVD haram yang dirampas.
Douglas menunjukkan DVD haram yang dirampas.

KENINGAU: Seorang lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dicekup polis kerana  disyaki memiliki DVD pelbagai tajuk tanpa Sijil Perakuan B.

Ketua Polis Daerah Keningau  Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, lelaki PATI yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri  itu ditahan oleh sepasukan polis dari bahaian Siasatan Jenayah Komersial  IPD Keningau yang membuat pemantauan aktiviti penjualan DVD/CD haram di sekitar Pekan Keningau.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti penjualan DVD/CD haram itu berjaya ditahan polis bersama barang rampasan sebanyak 52 keping DVD pelbagai tajuk tanpa Sijil Perakuan B dan satu beg sandang milik suspek.

“Kesemua rampasan telah dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM50,000.00 dan tidak lebih RM30,000.00 atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”  katanya dalam siding media di IPD di sini pada Isnin.

Jelasnya, suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan