Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PATI dibenar pulang sambut Aidilfitri – TPM

AHMAD Zahid bersalaman dengan masyarakat di kawasan DUN Rungkup sebaik tiba untuk berbuka puasa di Masjid Al-Quro Bagan Datoh. - Foto L Manimaran
AHMAD Zahid bersalaman dengan masyarakat di kawasan DUN Rungkup sebaik tiba untuk berbuka puasa di Masjid Al-Quro Bagan Datoh. – Foto L Manimaran

BAGAN DATOH: Kerajaan memberi kelonggaran kepada pendatang tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal masing-masing bagi menyambut Aidilfitri, berkuatkuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelonggaran itu diberikan dengan syarat mereka mendapatkan dokumen sah atau dokumen perjalanan sementara daripada pejabat kedutaan masing-masing.

“Langkah ini dilakukan atas dasar peri kemanusiaan bagi mengelakkan mereka menggunakan tekong atau ejen balik di laluan tidak sah, yang berisiko dikenakan tindakan atau menggunakan bot yang tidak ikut spesifikasi sehingga membahayakan nyawa,” katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan Kementerian Dalam Negeri dengan kedutaan dan pejabat pesuruhjaya tinggi negara PATI terbabit di negara ini khususnya Indonesia dan Bangladesh. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan