Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan Polis Marin Tawau Berkas 19 Pati

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berusia antara satu hingga 54 tahun di Jalan Apas, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua PATI berkenaan ditahan hasil pemeriksaan ke atas sebuah van yang dinaiki PATI berkenaan di Batu 5.

“PATI berkenaan menaiki sebuah van di belakang Pasar Besar Tawau sekitar 12.30 tengah hari semalam (Jumaat). Van berkenaan menuju ke Jalan Apas dan anggota PPM mengekorinya sehingga di Batu 5 sebelum mengarahkan van itu berhenti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semasa melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati lapan lelaki dan 11 wanita berada di dalam van itu dan mereka tidak memiliki dokumen perjalanan.

Mohamad berkata kesemua PATI itu akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1962.

Pemandu van berusia 39 tahun pula akan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan 2010. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan