Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan penyiasat Malaysia dibenar masuk lokasi nahas

zahid hamidi

Penyiasat antarabangsa memeriksa serpihan bahagian pesawat MH17 yang ditembak berhampiran perkampungan Hrabove di Donetsk, timur Ukraine, kelmarin.

Pasukan 68 pegawai dan anggota penyiasat pelbagai unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat kebenaran memasuki lokasi nahas pesawat MH17 susulan perjanjian ditandatangani dengan Kerajaan Ukraine, kelmarin.

Perkembangan itu diharap akan memberi akses lebih besar bagi pasukan Malaysia di Ukraine,diketuai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan siasatan lanjut, terutama membabitkan pencarian mayat mangsa dan pengumpulan bahan bukti.

Perjanjian ditandatangani Duta Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban, dengan kerajaan negara berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, pasukannya kini berada di Kharkiv bagi membantu proses penghantaran mayat dan cebisan mayat ke Eindhoven, Belanda untuk proses pengenalan identiti di kem tentera Hilversum.

“Kita akan memasuki lokasi nahas secepat mungkin kerana Malaysia terbabit dalam aspek penyiasatan dan penghantaran mayat untuk pengecaman identiti,” katanya ketika dihubungi, semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut menyertai pasukan berkenaan.

Sementara itu, 70 pakar penyiasat Belanda dan Australia serta kakitangan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) memasuki lokasi nahas, pagi kelmarin.

Komen


Berita Berkaitan