Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan Komando 69, PDRM adakan latihan menembak di Pulau Batik

12:56pm 20/07/2016 Pak Roshan 994 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

komando

SEMPORNA: Pasukan Komando 69, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan latihan menembak di Pulau Batik pada 21 Julai hingga 22 Julai.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pulau berkenaan serta tidak panik jika mendengar sebarang bunyi tembakan.

Ketua Polis Daerah, Supt. Peter Umbuas berkata, latihan tembakan itu akan menggunakan senjata Clot APC/M203 dan FN Scar-H 7.62 MM Skudron Charlie 69 Komando.

Corak latihan katanya menggunakan senjata COLT APC/M203 dari bot ke darat dan tembak senjata FN SCAR-H 7.62 ke darat serta tembak pistol ringan ke udara.

Jelasnya, tujuan memantapkan kesiapsiagaan pasukan elit PDRMdalam menghadapi ancaman. –  NewSabahTimes.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan