Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan khas pantau denggi

denggi

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas diwujudkan kerajaan bagi menangani kebimbangan umum mengenai peningkatan kes demam denggi di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pasukan berkenaan akan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan disertai beberapa menteri di kementerian berkaitan.

Menurutnya, Pasukan Petugas Khas itu membabitkan Menteri di Kementerian Kesihatan; Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Kerja Raya, selain kerajaan negeri; pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

“Kerajaan berharap penubuhan Pasukan Petugas Khas ini dapat membendung peningkatan kes demam denggi dengan kadar segera, di samping melaksanakan langkah pencegahan dengan lebih berkesan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian Kesihatan sebelum ini melaporkan, sebanyak 82 kematian direkodkan akibat demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara sejak 1 Januari hingga 21 Jun lalu iaitu peningkatan 23 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Komen


Berita Berkaitan