Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan Khas Dihantar Cari Helikopter Hilang Di Sarawak

11:54pm 05/05/2016 Pak Roshan 95 views Mutakhir,Nasional
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - foto Jimmy Tan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – foto Jimmy Tan

KUCHING – Pasukan khas diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihantar bagi menyiasat dan mencari sebuah helikopter dipercayai hilang di kawasan Sebuyau petang ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata laporan awal yang diperoleh mendapati, helikopter itu sepatutnya terbang pada pukul 4.15 petang dan sampai pada pukul 5 petang, tetapi kini telah terputus hubungan.

“Dipercayai ia berada di Sebuyau berhampiran kawasan laut paya. Polis dan Pasukan Gerakan Am bersama Polis Marin telah dikerah untuk menyiasat.

“Mereka berada di sana dan harap kumpulkan dan peroleh maklumat yang diperlukan untuk tentukan bahawa kelima-lima penumpang berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Usahawan Tani Bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalannya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg dan Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin.- BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan