Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan khas buru ‘The Ghost’

buru the ghost

Baghdad: Satu pasukan khas dibentuk bagi memburu pemimpin Negara Islam (IS) yang dilantik menjadi khalifah oleh kumpulan berkenaan berikutan peranannya dalam mengarahkan siri serangan di Asia Barat.

Kira-kira 100 anggota agensi perisikan Amerika Syarikat (CIA) dan unit khas kini memburu Abu Bakar al-Baghdadi, 42, yang turut dikenali sebagai ‘The Ghost’ kerana tidak meninggalkan sebarang jejak walaupun memainkan peranan utama menggerakkan militannya.

Ia menjadi pemburuan bagi memerangi keganasan terbesar sejak Amerika memburu dan membunuh pemimpin utama Al-Qaeda, Osama bin Laden pada 2011.

Menggunakan dron, pesawat lain dan imej satelit, pakar pengintipan kini mengumpulkan data panggilan telefon dan pergerakan di Iraq dan Syria.

Menurut satu sumber, hampir mustahil untuk mengesan Abu Bakar, namun mereka tetap yakin akan menemuinya.

“Pasukan tenteranya besar dan meluas, jadi panggilan telefon perlu dibuat. Itu akan menjadi kelemahannya,” kata sumber itu.

IS pimpinan Abu Bakar mempunyai dianggotai 25,000 orang dan menawan beberapa wilayah di sekitar Syria dan Iraq sejak beberapa bulan lalu.

Minggu lalu, sepasukan tentera Britain dihantar ke Ibril, bandar dikuasai Kurdis Iraq, dalam satu misi rahsia bagi membantu pelarian namun ia dibatalkan kemudiannya.

Selain itu, pesawat pengintip Britain kini mengumpulkan data mengenai pergerakan IS untuk dikongsi dengan tentera Kurdis, Iraq dan AS dalam usaha menjejaki Abu Bakar. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan