Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan Keselamatan Sabah terima sumbangan kuih raya

KOTA KINABALU : Sebanyak sembilan pasukan keselamatan di Sabah terima sumbangan kuih muih hari raya aidilfitri dari 35 agensi dan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata,​ ​sumbangan ini adalah usaha yang cukup murni untuk menyampaikan penghargaan kepada pasukan keselamatan.

“Sesungguhnya penghargaan ini tidak mencukupi dan setanding dengan apa pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pasukan keselamatan.

“Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan keselamatan kerana telah banyak memberi sumbang bakti bagi memastikan suasana dan keadaan negara terjamin walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri 2018M/1439H kepada Pasukan Keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, kelmarin.

​P​asukan keselamatan yang menerima sumbangan kuih muih hari raya ​iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia(TUDM), Angkatan Petugas 450, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Turut hadir, isteri Ketua Menteri,​ ​Datin Seri Shuryani Shuaib ; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd.Thani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Asnimar Sukardi./Penerangan-

Shafie menyampaikan sumbangan kepada anggota pasukan keselamatan.

Komen


Berita Berkaitan