Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan keselamatan haram berpotensi jadi ejen menentang kerajaan – Tun Haniff

tun haniff

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan yang tidak berdaftar atau haram yang menggunakan

kuasa ala ‘polis’ dilihat berpotensi menjadi ejen untuk menentang kerajaan pusat, kata bekas Ketua

Polis Negara, Tun Haniff Omar.

Beliau berkata, penyalahgunaan kuasa serta tindakan agresif pasukan itu juga boleh menggugat

ketenteraman awam, dan akhirnya mungkin membawa kepada berulangnya tragedi hitam 13 Mei

1969.

“Saya berpendapat dengan adanya pasukan sedemikian mungkin ia boleh dilihat sebagai satu

ketumbukan yang sedang diaturkan untuk menentang kerajaan yang dipilih oleh rakyat mengikut

lunas-lunas perlembagaan,” katanya kepada Bernama.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk pengerusi

pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam

Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh kerana pasukan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar

Pertubuhan (ROS).

Hasil siasatan polis mendapati empat yang ditahan itu positif dadah, 11 didapati mempunyai

pelbagai rekod jenayah antaranya ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan

mengikut Akta Kastam 1967 dan seorang merupakan anggota kongsi gelap dan pernah ditahan di

bawah Ordinan Darurat.

Haniff berkata, tindakan agresif ala gangster yang didakwa dilakukan anggota pasukan

keselamatan haram itu harus dibendung oleh pihak berkuasa keselamatan bagi memastikan hak

keselamatan orang awam lebih terjamin.

“Mereka (pasukan keselamatan haram) dikatakan mempunyai kecekapan dalam latihan senjata

seperti cota dan kuasa seperti ‘polis’ dan jika mereka bertindak mengikut perasaan, pasti

menjejaskan keamanan.

“Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku dan rakyat akan berasa tidak selamat,” katanya.

Haniff berkata lebih membimbangkan pengambilan anggota pasukan itu tidak mempunyai

mekanisme tapisan bagi menentukan setiap anggotanya bersih daripada penglibatan jenayah.

Ini boleh menyebabkan penjenayah menyelinap masuk dan bersembunyi dalam pasukan

keselamatan itu, katanya.

Sementara itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan

Rahim Khan berkata PPS perlu mendaftar dengan ROS sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti

yang melibatkan soal keselamatan negara.

“Mereka tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya kerana soal keselamatan dan

keamanan negara terletak di bawah bidang kuasa PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kerajaan

pusat.

“PPS juga tidak sepatutnya mencabar PDRM dalam pertikai kuasa polis, mereka perlu berhemah

dengan PDRM dan bukannya mencabar PDRM secara kasar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan