Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan Keselamatan Filipina Beri Maklum Balas Positif Berhubung Kes Culik

7:20pm 25/04/2016 Pak Roshan 1500 views Isu Semasa,Mutakhir
GAMBAR empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu, dimuat naik ke laman Facebook.

GAMBAR empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu, dimuat naik ke laman Facebook.

BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat maklum balas positif dari pihak keselamatan Filipina dalam usaha menyelamatkan empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, Sabah pada 1 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia hasil pertemuan pasukan tertinggi PDRM bersama pihak berkuasa Filipina baru-baru ini yang sedang merencanakan rancangan dan tindakan bagi membebaskan keempat-empat mangsa berkenaan.

“Satu pasukan tertinggi daripada PDRM baru sahaja pulang dari Filipina semalam dan akan melaksanakan tindakan bagi menyelamatkan kesemua mangsa tersebut.

“Apa pun kita sedang bekerjasama dengan pihak tentera dan polis Filipina dalam usaha untuk membebaskan empat warga Malaysia yang diculik itu,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Persada Bersama Ketua Polis Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini Isnin.

Ditanya mengenai lokasi keempat-empat mangsa itu berada, Khalid enggan mendedahkannya dan mahu pasukan yang ditugaskan untuk menyiasat terlebih dahulu.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang 1 April itu, empat rakyat Malaysia daripada 10 kru sebuah kapal tunda diculik oleh kumpulan bersenjata yang memintas kapal mereka di perairan berhampiran Pulau Ligitan, Semporna ketika dalam pelayaran pulang dari Filipina ke Malaysia.

Empat lelaki yang berasal dari Sibu, Sarawak itu ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johny Lau Jung Hien, 21. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan