Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan Kampung Ria FC B juara bola sepak Piala Ketua Pemuda Upko Keningau

8:36am 08/12/2015 Ann Vivien 79 views Sukan,Tempatan
Lawrence menyampaikan hadiah kepada pasukan Kampung Ria FC B yang menjuarai kejohanan itu.

Lawrence menyampaikan hadiah kepada pasukan Kampung Ria FC B yang menjuarai kejohanan itu.

KENINGAU: Pasukan Kampung Ria FC B muncul juara pertandingan bola sepak tujuh sepasukan Piala Ketua Pemuda Upko Keningau anjuran bersama Pergerakan Pemuda Upko Keningau dan Belia Kg. Ria Keningau yang berlansung di padang Kg. Ria baru-baru ini.
Tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan itu masing-masin disandang oleh pasukan Forida FC dan Kampung Ria FC C. Kejohanan yang selama dua hari itu  dirasmikan oleh Ketua Pemuda Upko Keningau Lawrence Malibin.
Lawrence dalam ucapannya menggesa golongan belia agar terus bergiat aktif dalam sukan bagi mengisi masa lapang mereka disamping amalan gaya hidup sihat di kalangan belia.
Katanya, aktiviti sukan bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan tetapi ia juga dapat menghindarkan golongan beliau daripada kegiatan dan gejala sosial yang tidak sihat.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan