Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan Futsal Putatan juara futsal

4:18pm 18/01/2016 Ann Vivien 39 views Sukan,Tempatan
Siti Sapoo (barisan belakang, tujuh dari kiri) bergambar bersama Pasukan Futsal Lelaki & Wanita PEMADAM Daerah Putatan yang menjuarai Pertandingan Futsal Anti Dadah Peringkat Negeri Sabah

Siti Sapoo (barisan belakang, tujuh dari kiri) bergambar bersama Pasukan Futsal Lelaki & Wanita PEMADAM Daerah Putatan yang menjuarai Pertandingan Futsal Anti Dadah Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Pasukan Futsal Lelaki dan Wanita PEMADAM Daerah Putatan muncul sebagai juara Pertandingan Futsal Anti Dadah Peringkat Negeri Sabah 2015 yang diadakan di Arena Futsal Yayasan Sabah, baru-baru ini.

PEMADAM Putatan membawa balik wang tunai RM1000 dan sijil sekaligus akan mewakili Sabah ke Pertandingan Futsal Anti Dadah Peringkat Kebangsaan di masa akan datang.

PEMADAM Putatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag Ghani Pg.Yusof. Pasukan Lelaki PEMADAM Putatan diurus oleh Juahry Jamilun dan pasukan wanita diurus oleh Encik Nurdin Ujud, manakala Petronella Douny selaku jutulatih.

Naib johan ketegori lelaki dimenangi oleh pasukan Futsal PEMADAM Tawau. Tempat ketiga disandang oleh Kudat.

Bagi kategori Wanita pula, naib johan dimenangi oleh PEMADAM Tenom. Manakala tempat ketiga disandang oleh PEMADAM Sandakan.

Naib johan memenangi hadiah wang tunai RM800 dan sijil. Sementara tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM500 dan sijil.

Pertandingan itu telah diadakan sejak tahun 2015, manakala perlawanan akhir diadakan baru-baru ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Siti Sapoo Haji Ahok telah mewakili Menteri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis penutupan yang diadakan di Palace Hotel.

Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah itu ialah Setiausaha PEMADAM Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali dan Jawatankuasa Teknikal PEMADAM Putatan, Encik Salleh Haji Ag.Damit.

Menurut Encik Nurdin, pasukan futsal PEMADAM Putatan akan mengadakan latihan awal bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Semenanjung Malaysia tahun ini.

“Kita akan mengadakan persiapan lebih awal agar Pasukan Futsal PEMADAM Sabah ini mampu bersaing sengit di peringkat kebangsaan”, katanya.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan