Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PASUKAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA SABAH TARIK DIRI SUKMA AKIBAT JANGKITAN VIRUS BEGUK

KOTA KINABALU: Kontinjen Sukma Sabah dirundum kekecewaan apabila pasukan futsalnya, lelaki dan wanita, terpaksa menarik diri daripada temasya Sukma XIX Perak tanpa menendang sebiji bola pun kali ini.

Keputusan sukar itu dibuat disebabkan seorang pemain berusia 16 tahun pasukan wanita dikesan terkena penyakit Beguk, suatu penyakit yang amat mudah berjangkit.

Chef-de-mission kontinjen Sabah Arunarnsin Taib berkata walaupun sukar keputusan harus dibuat demi kebaikan pasukan lain yang bertanding.

“Kedua-dua pasukan telah berlatih dengan kuat namun atas risiko kesihatan kita terpaksa membuat keputusan ini. Memanglah kita berasa sedih tidak dapat bertanding dalam pertandingan futsal kali ini,” katanya.

Exco Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How ketika membuat pengumuman pengunduran pasukan futsal Sabah dari pertandingan berkata, kesemua 30 pemain dan pegawai pasukan Sabah turut disyaki dijangkiti virus Beguk.

Katanya, sebagai langkah pencegahan kesemua ahli pasukan futsal Sabah telah dikuarantinkan di suatu tempat penginapan sejak 7 September manakala gadis yang menghidap Beguk itu kini berada dalam keadaan stabil.

Howard berkata kesemua yang mereka berada dalam keadaan baik dan akan diterbangkan balik ke Sabah dalam masa yang terdekat.

Sebenarnya, pasukan futsal Sabah itu telah diberi pilihan untuk menukar pemain namun mereka memilih untuk menarik diri, katanya.

“Saya tahu mereka telah berlatih bersungguh-sungguh apakan daya hal ini terjadi. Ia tentulah menyedihkan,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan