Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan Bumblebee kekal juara Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden

4:51pm 23/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 70 views Sukan,Tempatan
Johan Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden, Pasukan Bumblebee merakamkan gambar bersama piala kemenangan mereka

Johan Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden, Pasukan Bumblebee merakamkan gambar bersama piala kemenangan mereka

KOTA KINABALU- Pasukan Bumblebee mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut apabila tampil sebagai johan bagi kategori terbuka pada Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden berlangsung yang berakhir semalam, di Borneo Sports Arena (BSA), Kolombong

Dalam kejohanan tersebut, Bumblebee berdepan saingan hebat dari Kuala Lumpur iaitu pasukan Volts pada perlawanan akhir yang berkesudahan 20-10.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan OSCA selepas tewas tipis 9-10 menentang Volts pada pusingan separuh akhir.

Manakala turut merangkul gelaran johan bagi kategori bawah 21 tahun pula ialah pasukan Generation K2 Two apabila mudah menewaskan pesaing terdekat mereka iaitu pasukan Medalist dengan kutipan mata 26-16.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Koneta dari Kota Belud.

Pemenang Kategori Penjaring Terbanyak, Mathilda Fong

Pemenang Kategori Penjaring Terbanyak, Mathilda Fong

Pasukan Bumblebee turut merangkul kemenangan bagi dua kategori iaitu penjaring terbanyak oleh Mathilda Fong sebanyak 123 jaringan dan Jumaliah Saharuddin sebagai Penyerang Terbaik manakala Pertahanan Terbaik milik Aleena Nadhirah Mohd. Khadar dari pasukan Volts.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden I Persatuan Bola Jaring Sabah (Sabana), Suminah Kok.

Sementara itu, Pengarah Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden, Ronika Ronald berkata, kejohanan itu mencipta sejarah tersendiri apabila membuka penyertaan sebanyak 30 pasukan bagi kategori terbuka dan 11 pasukan bagi kategori bawah 21 tahun.

Selain itu, kata beliau, penyertaan pasukan dari Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan turut memeriahkan lagi kejohanan piala presiden kali ini.

“Sambutan memberangsangkan ini menunjukkan perkembangan positif dalam sukan bola jaring sekali gus berupaya melahirkan para pelapis untuk mewakili negeri ini di peringkat kebangsaan.

“Penyertaan pasukan luar dari Kuala Lumpur dan Labuan turut memberi ruang dan pengalaman kepada pemain tempatan untuk bersaing secara sihat dalam sukan bola jaring,” katanya-SayangSabah

Penyerang Terbaik, Jumaliah Saharuddin

Penyerang Terbaik, Jumaliah Saharuddin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan