Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PASUKAN BOLING PADANG N. SEMBILAN PASUKAN KEDUA TARIK DIRI SELEPAS SABAH AKIBAT JANGKITAN VIRUS BEGUK

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan mengesahkan jangkitan virus beguk melibatkan atlet temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 dalam keadaan terkawal.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kebanyakan mereka yang mengalami penyakit berjangkit itu akan pulih dalam tempoh seminggu.

“Penyakit ini walaupun boleh menjadi satu penyakit yang berjangkit tetapi ini bukan satu penyakit yang serius. Tahap jangkitan virus penyakit itu bermula kira-kira lapan hari sebelum simpton penyakit itu jelas.

“Tempoh kuaratin boleh mengambil masa sehingga 25 hari. Jangkitan penyakit itu masih terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Saintifik Tahunan Persatuan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) ke-2, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. Gambar Bernama

Semalam, pasukan boling padang wanita Negeri Sembilan menjadi pasukan kedua menarik diri daripada Sukma ke-19 akibat jangkitan virus beguk selepas pasukan futsal wanita dan lelaki Sabah berbuat demikian, awal minggu ini.

Mengulas mengenai majlis hari ini, Dr Lee berkata kerajaan setakat ini tiada perancangan untuk melaksanakan pengasingan pemberian ubat dan rawatan secara berasingan seperti yang dicadangkan oleh kerajaan terdahulu.

Namun begitu beliau menasihati semua pengamal perubatan perlu menghormati hak pesakit dalam memilih untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan dengan perskripsi ubat yang dikehendaki mereka.

“Lebih baik kita biarkan keadaan seperti sekarang tetapi kita hormati hak pesakit di mana mereka hendak membeli ubat,” katanya.

Dr Lee berkata dengan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit serta penuaan masyarakat lama kelamaan akan mendatangkan beban kepada kementerian bagi menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dalam keadaan sumber yang terhad.

Beliau berkata kemudahan rawatan swasta pula menghadapi masalah peningkatan kos menyebabkan penyisihan terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

“Menjelang 2040, penduduk Malaysia berumur 65 ke atas akan meningkat lebih enam juta atau 14.5 peratus daripada jumlah penduduk,” jelas beliau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan