Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan bola tampar akan dihantar sertai SUKMA

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

SEMPORNA:  Sabah akan menghantar pasukan bola tampar pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) tahun hadapan, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

“Apabila jawatankuasa persatuan bola tampar minta untuk dilibatkan dalam Sukma, saya tidak teragak-agak memberi lampu hijau kerana saya yakin dengan komitmen dan kesungguhan yang telah mereka tunjukkan pada Kejohanan Sukan Sabah (SAGA),” katanya ketika merasmikan Kejohanan Bola Tampar Daerah Semporna di Dewan Masyarakat Semporna hari ini.

Beliau berkata Sabah amat berpotensi dalam melahirkan lebih banyak bakat baharu dalam acara sukan berkenaan dan boleh diketengahkan untuk menyarung jersi kebangsaan.

Menurutnya Sabah kini berada di landasan terbaik untuk membangunkan sukan bola tampar namun menegaskan tiada jalan pintas untuk cemerlang kerana untuk cemerlang perlukan kesungguhan, komitmen dan disiplin tinggi.

Mengenai kejohanan berkenaan Tawfiq berkata ia berupaya menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan bola tampar selain berupaya menjadi pencetus kepada lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melibatkan diri menyumbang dalam pembangunan sukan di Sabah.

“Kejohanan ini telah ditaja oleh Benta Wawasan dan dengan sumbangan seperti ini kita berharap lebih banyak GLC dan syarikat-syarikat yang lain untuk tampil dan membantu meningkatkan pembangunan serta kecemerlangan sukan negeri,”
katanya.

Kejohanan berkenaan disertai 18 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita dari Semporna, Tawau, Sandakan, Kunak, TLDM Kota Kinabalu dan Sabah Team.-BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan