Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan B-19 kalahkan JKFC 4-0

Jamawi bersama bekas jurulatih Sabah, Justin Ganai (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kedua dua pasukan sebelum perlawanan bermula. – Gambar SNT / Ehsan DUN Kemabong

PERSAHABATAN… Pasukan Bola Sepak Wanita Tenom Saga (JKFC) baru baru ini mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia Bawah 19 tahun (B-19).

Perlawanan itu menyaksikan pasukan JKFC tewas ditangan pasukan Bola sepak Wanita Malaysia B-19 dengan jaringan 4-0.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, perlawanan persahabatan tersebut diadakan khusus untuk memberikan pendedahan kepada pasukan bola sepak dari daerah ini untuk menimba pengalaman beraksi pasukan yang berpengalaman.

Katanya, perlawanan itu merupakan salah satu usaha untuk merangsang minat belia daripada kalangan wanita khususnya di daerah itu untuk berkecimpung dalam bidang sukan khususnya sukan bola sepak disamping mendedahkan pengalaman mereka untuk beraksi bersama pemain bertaraf kebangsaan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan