Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasukan bola sepak terbaik diumum

Pasukan TFA ‘A’ yang muncul johan bagi kategori U19 sempena Karnival Pembangunan Bola Sepak Tawau 2015 anjuran Persatuan Bola Sepak daerah Tawau (Safa Tawau).

Pasukan TFA ‘A’ yang muncul johan bagi kategori U19 sempena Karnival Pembangunan Bola Sepak Tawau 2015 anjuran Persatuan Bola Sepak daerah Tawau (Safa Tawau).

TAWAU: Empat pasukan bola sepak terbaik diumum johan dalam kategori masing-masing sempena Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Pembangunan Bola Sepak Tawau 2015 di sini, hari ini – Nexus Jr Bawah 12 Tahun (U12), Kejora FC (U14), Balung Bravers, SMK Balung (U16) dan TFA ‘A’ (U19).

Tempat kedua bagi U12 dimenangi Perdana FC, ketiga (SOF) dan keempat (TFA ‘A’) yang bersaing sengit merebut Piala Ybhg Tuan Ismail Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Safa Tawau.

Tempat kedua bagi U14 untuk merebut Piala Ybhg Datuk Ismail Mayakob, Presiden Majlis Perbandaran Tawau pula dimenangi Wawasan FC, diikuti Balung Bravers ‘A’ (ketiga) dan Generasi B (keempat).

Bagi kategori U16 Piala Ybhg Haji Husin Abdurahim, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sukan Negeri Sabah, tempat kedua dimenangi SMK Tawau, Sri Apas (ketiga) dan Al-Qannas (SM Islamiah) (keempat).

Manakala, tempat kedua bagi kategori U19 bagi merebut Piala Ybhg Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Presiden Safa Tawau ialah pasukan SOF, MSSDT ‘A’ (ketiga) dan SMK Tawau (keempat).  Hadiah disampaikan masing-masing oleh penama piala yang disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan