Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAFA Berazam untuk Memenangi Liga Super Malaysia 2017

KOTA KINABALU-  Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berazam untuk memperbaiki kualiti permainan pasukan bola sepak negeri ini sebelum Liga Super Malaysia  pada Mac 2017.

Menurut Timbalan Pengerusi 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, para pemain harus bekerja keras untuk memastikan prestasi bola sepak Sabah dapat dipertingkatkan.

Selain itu, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak SAFA untuk memastikan kualiti permainan pasukan Sabah dapat diperbaiki.

“Kami telah memilih beberapa calon jurulatih yang tebaik untuk memimpin pasukan negeri sebelum Liga Super Malaysia 2017”, kata beliau kepada media semasa sidang akhbar sempena Kongres Tahunan SAFA 2015 di Hotel Klagan Regency, 1 Borneo, pagi tadi.

Selain itu, SAFA juga akan mencari pemain yang berkaliber dan mampu menaikkan nama pasukan bola sepak negeri ini. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Datuk Lawrence (tengah) bersama ahli SAFA
Datuk Lawrence (tengah) bersama ahli SAFA

 

Komen


Berita Berkaitan