Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan bantuan negara diharap dapat masuk dengan selamat ke lokasi nahas – Hishammuddin

bantuan ke ukraine

PUTRAJAYA: Pasukan bantuan dari Malaysia yang sudah berangkat ke Kiev, Ukraine malam tadi diharap dapat memasuki lokasi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Grabovo, Donestk dengan selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan selanjutnya kini bergantung kepada perbincangan diplomasi yang akan diadakan antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan berangkat ke Kiev malam ini dengan pihak berkaitan.

“Perlu bincang dengan pendekatan diplomasi kerana kita tahu kawasan itu dikuasai puak pemisah. Ia bergantung hasil perbincangan oleh Tiong Lai di Kiev nanti.

“Namun kita mahu tiga perkara yang diminta kerajaan Malaysia iaitu akses ke lokasi, soal keselamatan pegawai dan serpihan dan bukti tidak diganggu dapat dipenuhi pihak yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat keluarga mangsa di Hotel Marriot di sini, sebentar tadi.

Komen


Berita Berkaitan