Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasukan Bahagian Pantai Barat juara keseluruhan Kejohanan Ragbi MSSS

Pasukan ragbi bawah 18 tahun bahagian barat muncul juara MSSS Ragbi Sabah. - foto Kalawon Sawing
Pasukan ragbi bawah 18 tahun bahagian barat muncul juara MSSS Ragbi Sabah. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pasukan Ragbi Bahagian Barat muncul juara kategori bawah 18 tahun dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Gunsanad, di sini semalam.

Tempat kedua diraih Pasukan Selatan manakala tempat ketiga disandang oleh Pasukan Sandakan, manakala bagi kategori bawah 12 tahun, pasukan ragbi Bahagian Sandakan menjadi juara menewaskan Bahagian Pantai Barat dan Pedalaman yang masing-masing menduduki kedua dan ketiga.

Kejohanan tiga hari itu disertai oleh enam pasukan bahagian Barat, Utara, Selatan, Tenggara, Sandakan dan Pedalaman. Sempena kejohanan itu, Jasnikole Sumin dari Bahagian Selatan dinobatkan sebagai pemain terbaik pertahanan dan Ian Cliff Rampangajoum pula pemain terbaik tengah.

Sementara itu, Pasukan Bahagian Barat dipilih pasukan terbaik kejohanan seramai 12 pemain bagi Kategori 12 Tahun ke bawah dan 22 pemain Bawah 18 tahun terpilih mewakili Sabah ke
kejohanan Ragbi  Peringkat Kebangsaan yang dijangka berlangsung di Selangor pada pertengahan bulan ini.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah
Nabawan Saibeh Sani. Peserta dan pemenang menerima sijil, medal dan piala pusingan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan