Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pastikan setiap rumah mempunyai alat pemadam api

1:50pm 26/06/2016 Leolerry Lajius 17 views Tempatan
Rahman menyampaikan sumbangan kuih kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Nordin Pauzi sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rahman menyampaikan sumbangan kuih kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Nordin Pauzi sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Masyarakat diseru agar memastikan setiap rumah mempunyai alat pemadam api sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, langkah itu adalah penting sebagai langkah awal memadam api pada peringkat awal kebakaran.

Rahman turut berkata, penubuhan bomba sukarela di setiap kawasan perumahan dan kampung juga merupakan salah satu inisiatif penting yang mampu menangani kes kebakaran besar hingga mengakibatkan kerugian harta benda serta membahayakan nyawa.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sering turun  padang untuk memastikan bomba sukarela ini ditubuhkan di semua kawasan penempatan di negeri ini,”katanya ketika ditemui media sempena majlis penyerahan kuih muih kepada anggota bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, di sini, awal pagi tadi.

Tambah beliau, pihaknya mendapati punca kebakaran di Kampung Tanjong Kapor awal pagi semalam yang menyebabkan kira-kira 100 buah rumah musnah adalah disebabkan kecuaian ketika memasak.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Rahman ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaa.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rahman ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaa.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan