Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pastikan keselamatan rakyat Sabah terjamin

Sandakan : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan komitmennya untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah terus terjamin.

Beliau yang juga Presiden Parti Barisan Nasional (BN) berkata sejumlah RM250 juta telah diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) untuk tujuan tersebut.

Selain itu, Najib juga komited membangunkan ekonomi negara menerusi hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dengan negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, China dan Singapura.

Berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Masyarakat Tiong Hua, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin, Najib berkata Sandakan berpotensi besar untuk muncul sebagai destinasi pelancongan terbaik dunia.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk memberi mandat kepada BN untuk meneruskan pembangunan yang sedang berjalan antaranya Projek Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM20 juta dengan beberapa fasa serta projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sandakan.

Beliau yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) turut diumumkan kelulusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Batu Sapi serta kelulusan pembinaan Sekolah Menengah Batu Sapi 2 dengan anggaran kos RM30 juta.

Najib diiringi Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Musa Aman dan calon-calon BN Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan./Penerangan-

Najib (tengah) melaungkan slogan “Tatap BN” pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Masyarakat Tion Hua.

Komen


Berita Berkaitan