Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KESELAMATAN PENUMPANG KEUTAMAAN KAMI: PENGUSAHA BAS EKSPRES

Presiden Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah, Datuk Donald Hanafi (dua dari kiri) melekatkan pelakat cermin kenderaan pada Program Advokasi Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2018 di Terminal Bas Inanam, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Pengusaha bas ekspres di Sabah tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan penumpang dan pengguna jalanraya lain terutama musim balik kampung untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha pada minggu depan.

Dalam hal ini, Presiden Majlis Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Sabah (Seboc), Datuk Donald Hanafi berkata, jumlah kenderaan yang berada atas jalanraya dijangka bertambah minggu depan memandangkan ianya juga adalah minggu cuti sekolah.

Menurut beliau, pengusaha bas ekspres telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sabah (JKJR), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta agensi lain untuk mengadakan program Advokasi Khas sempena Hari Raya Aidil Adha di Terminal Bas Inanam, di sini hari ini.

“Program ini amat baik dan kita juga telah buat pada tahun-tahun sebelumnya untuk kebaikan bersama.

Presiden Lembaga Pengusaha Bas Ekspres Sabah, Datuk Donald Hanafi (lima dari kiri) bergambar beramai ketika hadir pada Program Advokasi Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2018 di Terminal Bas Inanam, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita ingin mengingatkan kepada orang ramai terutama pemandu kenderaan persendirian dan pengangkutan awam supaya keselamatan ketika berada di atas jalanraya diutamakan,” katanya bila ditemui media selepas acara selesai tadi.

Donald berkata, program advokasi ini mengingatkan pemandu kenderaan tentang kepentingan untuk patuh kepada peraturan lalulintas dan tatacara semasa memandu serta memastikan alat-alat keselamatan seperti segitiga merah, pemantul cahaya yang telah diakreditasi oleh Sirim Malaysia dan berbagai lagi.

Presiden Lembaga Pengusaha Bas Ekspres Sabah, Datuk Donald Hanafi (tengah) menyerahkan cenderahati ketika hadir pada Program Advokasi Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2018 di Terminal Bas Inanam, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita amat faham bahawa tiada yang lebih penting melainkan keselamatan para penumpang dan pengguna jalanraya lain, oleh itu kita tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan,” katanya lagi.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan