Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pastikan generasi Islam dekati al-Quran

Sebahagian peserta Nuzul-Quran di majlis tersebut.
Sebahagian peserta Nuzul-Quran di majlis tersebut.

SIPITANG – Umat Islam disaran agar menyemai hati anak-anak sejak awal usia terhadap al-Quran.

Saranan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang melahirkan keyakinan langkah itu akan mampu melahirkan generasi Islam yang menjadikan al-Quran sebagai panduan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Menurut beliau, ia juga dapat memastikan generasi masa hadapan Islam tidak akan berada jauh daripada kitab suci tersebut.

“Al-Quran merupakan panduan terbaik untuk kita mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan keyakinan serta kepercayaan kita itu perlu disemai di hati anak-anak sejak awal usia mereka lagi.

“Kita mahu generasi masa hadapan Islam menyedari bahawa tiada lagi panduan yang terbaik selain al-Quran,” katanya pada program Nuzul Al-Quran anjuran UMNO Bahagian Sipitang di Masjid Ar-Raudah Ulu Sipitang, di sini hari ini.

Sapawi menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yng kurang bernasib baik di majlis tersebut.
Sapawi menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yng kurang bernasib baik di majlis tersebut.

Beliau berkata, ibu bapa yang berjaya memupuk pembelajaran al-Quran sebagai gaya hidup dalam kalangan anak-anak mereka mampu mewujudkan generasi muda berakhlak mulia.

“Memupuk budaya membaca Al-Quran di jiwa anak-anak dapat melahirkan benih -benih insaniah cemerlang yang akan menjadikan al-Quran sebagai pedoman sepanjang hidup mereka.

“Bukan itu saja, penghayatan Kitabullah juga akan memantapkan lagi jiwa, termasuk merangsang kehidupan yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan