Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasha Ungu dituduh mula sombong

PASHA berbaju putih dan isterinya tiba untuk majlis pelantikannya kelmarin.
PASHA berbaju putih dan isterinya tiba untuk majlis pelantikannya kelmarin.

Palu: Sigit Purnomo Said atau lebih dikenali sebagai Pasha Ungu dituduh mula sombong dengan wartawan.

Menurut beberapa laporan, Pasha yang dilantik menjadi Timbalan Datuk Bandar Palu kelmarin enggan melayani wartawan yang ingin mewawancaranya selepas dia dilantik ke kawasan itu.

Pasha dikatakan berkata, dia kini bukan artis kerana sudah memegang jawatan.

Ketua Persatuan Wartawan Bebas Palu, Mohammad Iqbal Rasyud berkata, dia kecewa dengan sikap Pasha.

“Jika apa yang dilaporkan itu benar, saya sangat kesal kerana masih ada kelakuan pemegang jawatan dalam kerajaan yang sombong,” kata Iqbal.

Dia berkata demikian sebagai mengulas pengalaman dua wartawan yang cuba mewawancaranya selepas majlis pelantikannya.

“Dia memberitahu saya bahawa dia kini sudah menjadi pegawai, bukan lagi artis,” kata Ridwan Lapaseere, wartawan tempatan.

Rakannya, Rahman pula berkata, Pasha dilihat menjauhi media, sebaliknya melayani sejumlah peminatnnya untuk bergambar bersama.

Pasha dilantik memegang jawatan itu oleh Gabenor Sulawesi Tengah kelmarin selepas memenangi pilihan raya peringkat daerah yang diadakan 5 Disember lalu.

Pasha dengan pakaian seragam Timbalan Datuk Bandar tiba di majlis pelantikannya bersama isteri, Adelia. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan