Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasaraya didakwa gagal patuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan

Jainab Ahmad (tengah)  bersama KPDNKK mengadakan pemantauan harga di sebuah pasaraya di Sandakan.
Jainab Ahmad (dua dari kiri) bersama KPDNKK mengadakan pemantauan harga di sebuah pasaraya di Sandakan.

SANDAKAN – Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengusaha pasaraya atau peniaga runcit yang tidak mempamerkan perbezaan harga barang dengan harga sebenar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pihaknya melalui Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap pasaraya dan peniaga runcit di negeri ini yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

Menurutnya, tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan yang boleh dikenakan penalti sehingga RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

“Saya menggesa agar pengusaha pasaraya dan peniaga runcit tidak menaikkan harga barang bagi mengaut keuntungan mudah daripada pengguna sedangkan pengguna berhadapan kenaikan kos sara hidup masa kini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan pemantauan harga bersama KPDNKK di sebuah pasaraya terkemuka di Sandakan, di sini hari ini.

Jainab berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati pasaraya berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh KPDNKK. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan