Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasar Tani kekal pertama bakal diwujudkan di Sabah

BAKAL DIWUJUDKAN…. Yahya menunjukkan pelan tapak Pasar Tani Kekal yang bakal diwujudkan di Asia City. – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
BAKAL DIWUJUDKAN…. Yahya (tengah) melihat pelan tapak pasar tani kekal yang bakal diwujudkan di Asia City. – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang untuk mewujudkan kawasan tapak pasar tani kekal di beberapa daerah di negeri ini yang dijangka dilaksanakan pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Yahya Hussin berkata, cadangan tersebut sekaligus menjadikan Sabah sebagai negeri yang pertama mewujudkan tapak pasar tani kekal di negara ini.

“Untuk permulaan tapak pasar tani kekal itu akan diwujudkan di Asia City, Kota Kinabalu dengan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta,” katanya kepada media semasa melakukan kunjungan ke Pasar Tani Asia City sempena Program Jualan Turun Harga di sini pagi tadi.

Beliau berkata, pelan cadangan tapak berkenaan telahpun dipersetujui oleh pihak pengurusan Asia City serta mendapat kelulusan dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Katanya, pasar tani kekal itu kemudian akan diperluaskan ke Sandakan, Tawau dan Keningau selepas kajian terperinci dijalankan oleh pihak FAMA termasuk mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai tapak berkenaan.

“Dengan wujudnya pasar tani kekal itu, para peniaga tidak lagi perlu menunggu hari-hari tertentu untuk menjual hasil pertanian atau produk mereka, sebaliknya ianya boleh dijual kepada pengguna pada setiap hari,” katanya lagi.

Ia juga seterusnya dapat membantu usahawan tempatan meningkatkan hasil pendapatan masing-masing tanpa menggunakan pihak ketiga, tambah beliau.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan