Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasar Tamu Gum-gum Akan Dinaik Taraf Untuk Dijadikan Destinasi Pelancongan

image-upload-255-709562

SANDAKAN, 2 April (Bernama) — Pasar Tamu Gum-Gum di Batu 16 Jalan Labuk, akan dinaik taraf untuk dijadikan destinasi tarikan pelancong di daerah ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Zakaria Mohd Edris berkata beberapa destinasi tarikan pelancong terkenal seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Pusat Konservasi Beruang Madu Sepilok, terletak di Gum-Gum.

“Naik taraf Pasar Tamu Gum-Gum akan dapat mempromosikan produk tempatan dan dapat menarik kehadiran pelancong asing dan domestik,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja meninjau projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata pemohonan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf Pasar Tamu dan Dewan Serbaguna Gum-Gum.

Beliau berkata anggaran kos untuk menaik taraf kedua-dua kemudahan itu ialah antara RM1 juta hingga RM2 juta.

Zakaria berkata satu lagi projek pembangunan yang dicadangkan di DUN Gum-Gum ialah mewujudkan sebuah pekan baharu.

Katanya cadangan projek itu masih ditahap pembincangan awal antara Majlis Perbandaran Sandakan dan Jabatan Perancang Bandar Negeri.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan